bground

Tuesday 24 December 2013

Perjalanan mencari MPV

mencari MPV,

Stream (pak lah)
Liberty (owner)

perjalanan dengan bas pancaran matahari.p balik RM100/individu

buruan



puas ronda selangor dan KL..

akhirnya..tahniah pak lah
**************************************************










*****************************************************************






Wednesday 18 December 2013

Masuk Track Pulak

Ok kali ini kita bercerita pulak tentang kereta dalam trek..

menarik !! drag? drift ? time attack?

sedikit video time attack yang disertai


lagi


Tuesday 10 September 2013

Pemasangan Sunroof - Benda yang paling disukai kaki modi kereta

Lama dah aku nak pasang benda ni...memang minat giler laaa..kalau ada duit, kancil dlu pun aku dah masukkan.

ok kali ni aku berjaya mendapatkan sunroof buat keta sentra ku..lama mengidam benda ni..ni contoh jerr
show ckit



barang ni di post dalam bulan puasa..mmg dugaan la kan..harga mula RM1200...ramai bertanya sebab harga mampu milik dan memandangkan nak raya.so tinggal komen jer yang memenuhi page fb sunroof ni..akhirnya penjual meletakkan harga RM1100 nego..
komen masih memenuhi ruang iklan..last2 aku deal...penjual menjual dengan harga RM1000..kompem jadi..pos ke kulim kedai Abg Zambri tambah RM100..total RM1100 .

minta penjual send gmbr ..so ni gmbr barang yg akan dipost
nmpk masih cun
dalaman pun cantik lagi. 

apalagi ..terus membuat pembayaran 
Open 3rd Party Transfer Note: This receipt is computer generated and no signature is required. Status: Successful Reference number: 1848359461 Transaction date: 30 Jul 2013 01:05:55 Amount: RM1,100.00 From Account: 158015XXXXXX WSA To Open 3rd Party Account : 112214XXXXXX 3rd Party Email Address : aku@aku,my Account Holder Name : penjualllll TransactionType : Open 3rd Party Transfer

Bincang pulak dengan Abg Zambri Simpang 4 Kulim, tukang ni dah lama kenal masa keje kat kulim dlu, dari dah 3x ubah tapak kedai sejak kenal dia, pindah pun dekat2 tu jugak.

Bincang punya bincang dia xsempat buat.ada beberapa biji keta xkluar lagi..errmm meraya dengan sunroof la keta ku..target lepas raya la jawabnya..

Pasal Abg Zambri, 
     dia suruh cari sunroof model keta tu sendiri..katanya sebab model sentra aku mmg ada sunroof so senang klu nak pasang atau nak jual akan datang. aku try mintak pasang sunroof lain..dia xbagi sbb klu betul2 xboleh dapat model ni baru dia nak pasang..xkan nissan nk pakai sunroof toyota atau honda kot..katanya..

tguuu....sambung lain kali. 2 ogos 2013 8.29 pagi

lori semua pening lemang  sehingga 18/08/13 masih belum ada lori dari klang ke kulim..hadoiii. barang masih blm dapat dipasang.



Akhirnya...

Seminggu  sebelum merdeka kereta siap ditebuk dan pasang sunroof..

Alhamdulillah.. kena p hantar cat la pulak...cat lama dah keras dan mati.

Sebelum


Selepas

 update ckit 30/12/2013

--DALAMAN ----
    
kotoran masih belum dicuci..alhamdulillah tiada kebocoran hingga saat ini. 



dari atas..muat untuk 2 kanak2. dewasa oun boleh..tpi xselesa 


terst

Saturday 17 August 2013

Petua - Menghilangkan kesan parut







 Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat. 

Petua 1 (Asam Jawa):
Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Goreng biji asam jawa tanpa minyak lebih kurang lima minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan dengan air dan gosok pada parut. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

Petua 2 (Kulit Kayu Manis):

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 (Pisang) :

Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 4 (Ubat Gigi) :

Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 5 (Beras) :

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 6 (Lidah Buaya):

Basuh bersih daun lidah buaya yang segar. Sapukan lendirnya di serata kulit yang berparut setiap kali sebelum tidur. Biarkan semalaman dan cuci keesokannya dengan air suam.

Petua 7 (Pisang Emas):

Ambil beberapa biji pisang emas dan kupas kulitnya. Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang pada parut. Lakukan setiap hari sehingga anda dapat lihat perubahannya.

Petua 8 (Bedak Sejuk):

Campurkan segenggam bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan cekur yang telah ditumbuk halus. Pakai bedak sejuk ini sebelum masuk tidur. Lakukan sehingga kesan parut itu hilang.

Petua 9 (Timun):

Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.



Wednesday 10 July 2013

Contoh pengiraan kos binaan rumah

copy dari internet

KOS BINA RUMAH SENDIRI


Bahan Binaan

Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini :
Juga disertakan kos per unitnya

Kerja-kerja konkrit
  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/kg
  • Bata simen - RM0.21 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 40 satu ela
  • Pasir halus - RM 45 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801 
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah.

Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah.

Sunday 23 June 2013

Senarai Rujukan pengertian ibadah Islam dalam kehidupan harian

Saja buat rujukan kat blog ni..senang nak capai. xpayah google dah. Semua boleh kongsi

Rujukan

1. Pengertian qurban dan Aqiqah klik sini

Saturday 15 June 2013

Link untuk kuatkan otot lutut

Almaklum..selepas eksiden beberapa yang lalu dan lutut aku telah crack...segala aktiviti petang-petang seperti joging telah terbantut. tak boleh lari jauh dah. So terbaca 1 blog member dan dia kata search google cara nak kuat kan otot lutut.

squat n lunges

http://www.wikihow.com/Do-Squats-and-Lunges



Squats

  1. 1
    Stand erect with your feet about shoulder width apart.

  2. 2
    Keep your arms extended in front of you.

  3. 3
    Slowly bend your knees to a ninety degree angle.

  4. 4
    Keep your back straight and eyes looking ahead.

  5. 5
    Slowly rise to starting position, placing your hands on your hips.

Lunges

  1. 1
    Stand erect with your feet about shoulder width apart.

  2. 2
    Keep your back leg straight and bend your front leg to lunge.

  3. 3
    Return to starting position.

  4. 4
    Alternate with your other leg.

  5. 5
    Leave muscles tight.