bground

Tuesday 24 July 2012

Budget minyak motor ku


ok perhatikan pada gmbr berpandukan anak panah.
hari pertama boh penuh pastu sampai la hari kedua...otw balik keje baru topup..

best gak .jimat jimattt.. 

Sunday 22 July 2012

Alunan nama Allah yang indah

Alhamdulillah setelah beberapa ketika akhirnya jumpa jugak alunan nama Allah yang indah untuk didengari.

http://www.youtube.com/watch?v=03HcEcacjXk&feature=related

Sunday 15 July 2012

Proses pindah milik motorsikal

Senang rupanya nak buat pertukaran pindah milik motorsikal ni....

meh kita citer ckit.
Sebelum angkat LC135 ni..cadang nak trade-in wave 125 kat kedai atau jual kat kawan2. pastu tetiba abah nak sebab dia tgk ada starter..yang dia punya (wave100R) kick-starter. so pusing mai motor dia la saya juai.

seperti gmbr dibawah :


Ok berbalik kembali kepada proses pertukaran hak milik dengan JPJ.

ada 4 kaedah yang boleh kita lakukan
1. Buat sendiri (penjual dengan pembeli)
2. Penjual uruskan
3. Pembeli uruskan
4. Guna pihak ketiga (runner) 

1. Buat sendiri

  • penjual dan pembeli sama-sama pergi ke JPJ berdekatan
  • isi borang dan bawa bersama salinan IC photostet penjual dan pembeli
  • ambik no dikaunter dan buat pengesahan borang
  • debag debuk debak....siap tak sampai 15 minit pun
  • modal hanya RM3 sahaja. nama tukar nama digeran.     

 2. Penjual uruskan

  • sebaiknya pergi ke JPJ siap2 dan ambik borang pindah milik
  • minta pembeli sain mana yang patut 
  • bawa salinan IC pembeli dan penjual dan pergi ke JPJ.
  • buat pengesahan  borang jual beli.
  • debag debuk debak....siap tak sampai 15 minit pun
  •  
  •  
  •  
  1.  sambung nnti



Antara kos yang telah digunakan


  1. insuran motor  + PA insuran =98+35= RM133
  2. renew roadtax = RM2
  3. Kos pengangkutan (minyak motor LC dari changlun ke JPJ perlis RM4 + minyak kereta sblm ni RM30)
  4. sampul geran = RM2
  5. Photostet IC penjual dan pembeli RM0.20
  6. total perbelanjaan =RM171.20
* pakai runner untuk pindah milik motor rasanya depa akan ambik RM100
pakai runner untuk pindah milik kereta rasanya depa akan ambik RM300 lebih

pilihan ditangan anda. 

Monday 9 July 2012

Alhamdulillah akhirnyaaaa..

hatAlhamdulillah akhirnya dapat jugak moto buat nek p keja..

 pakai dua hari jaa moto rim kuning ni....
pastu....p tukaq ekzos last2 amik baru trus...
koyak plastik trus...

booking nombor KDG369 xdapat...dapat running number..jadilah macam dalam gmbr









hat ni...lambat lagi kot..

Wednesday 4 July 2012

Demam YAMAHA LC 135

Aduss..penghujung bulan jun 2012. aku dilanda demam,dilema dsb untuk motor lc lagi untuk kali ke-2..
Rasanya kali ini menjadi kot.harap la. ngidam sungguh ni. sampailan kali ini servey sungguh2 punya ke setiap kedai dijalan pegawai. kalau fasa pertama dlu jsut p ke chin hin jer tgk n compare dengan modenas GT128. Tapi ramai xsetuju dengan moto tu. Tuan ni setuju sebab murah tapi atas nasihat n fikir nak long-distance. LC tetap menjadi kegilaan.
Berbalik kepada fasa ke-2. Motor dah booking. wave 125 bagi abah sbab nak startter. Tak larat enko katanya. So tolak motor wave 100r dia kat member.
 Ni la contoh motor idaman.

Motor LC 135 standard -10 - Image 

ok nti sambung lagi 

Sambung....

lani dilema tang harga pulak.  aduii harga lc lama tahun 2010 rm6000...tapi sama lak ngan harga lc baru  RM6000 jugak,
mana 1 nak pilih

Yamaha LC135 AUTO AMBIL DAHULU BAYAR KEMUDIAN -12 - Image 

compare harga lc lama dengan baru hanya RM50-RM200 





yang merah putih ni plihan kedua..

bawah ni pilihan member ku



Berikanlah petunjuk pada hambaMu ini.

Monday 2 July 2012

Tips penjagaan yamaha LC

copy dari link ni ..berguna jugak

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/04/yamaha-135lc-dan-penjagaan.html

Yamaha 135LC dan penjagaan

Pertanyaan yang diajukan..
1) Yastro said... Pas ni bro kene buat entri LC, entri pasal 4 stroke plak....Gue dulu suka kat asap 2t,...skg ni x leh blah dah, sakit hidung bila duk blkg moto 2 stroke nih......hehehe
2) Wak! said... utk LC xde ke bro
3) hafidzon: LC ok minyak itam ape?org kata shell vsx..ultra?minyak hitam nak tukar bape jauh skali?nak service setiap jarak bape?berkenaan dgn rantai elok ganti rantai yg standard ker atau yg mcm mana lagi bagus?motot LC sy standard2 jer bukan jenis suka Modi...Baru pakai LC dan nak kenal.xde mase moto mmg aku xpnah service.
4) Guest: Nak tau versi LC lama ngan versi baru apa bezanya
Jawapan Kami
Thanks semua yang bertanya... Dah banyak soalan yang saya telah jawab.. Mugkin ini entry terakhir bahagian motorsikal kupcai.. kerana sudah agak banyak benda tentang motorsikal saya telah terangkan pada episode lepas-lepas...
_______________________________
Yamaha 135LC lama..
Pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off lagi. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat – amat berbaloi kalau nak beli. 
Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter, tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan pencuri.
_______________________________
Versi terbaru 135LC..
Berdasarkan rupa motor ni nampak gayanya memang serupa macam Yamaha Jupiter MX macam kat Indonesia. bagi aku ni design nyer agak serabut, tapi yang lain ada improvement.......
Apa yang best pasal motor ni:

-135LC yang tak ade class hanya 4 kelajuan warna hitam,merah dan putih.
-135LC yang ade class pulak baru la 5 kelajuan di sertakan dengan brake disc belakang hanya mengeluarkn 2 warna hitam merah dan putih merah..

-Perbezaan antara 135LC lama dengan 135LC baru hanyalah penambahan 1 gear untuk yang berclass, cover body belah depan,lebar tayar belakang yang lebih besar, panel meter, mudgud depan, kunci utama safety lock, lampu belakang dan mudgud belakang belah dalam seperti 125z..
Secara kasar, rupanya masih sama dengan LC sedia ada tapi jika dilihat dari dekat nyata sangat berbeza dan garang. Lampu depan diubah sedikit dan banyak lengkungan pada cover set depan untuk lebih aerodinamik. Lampu belakang pula diberi nafas baru.
_______________________________Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang
(Yamaha 135LC)

Ni cara jaga Paling basic..
jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, air coolant.
mahal murah ikut la. nak sedap beli yang elok memang mahal.sume moto kene jage dengan elok kalu nak pakai lame..bende asas tayar wajib di servis bile sampai waktunye. Kat bawah ni saya sertakan beberapa panduan..
_______________________________
1)Servis minyak hitam.
1st time servis minyak hitam... Kalo ikut buku manual memang patut tukar minyak ketika 500km.. Motor yang baru biasanye akan ada serpihan serbuk besi dalam enjin So kene tukar cepat sebelum benda-benda merosakkan permukaan dalaman enjin anda...disuggestkan guna mineral based 4t ajer dulu.. 1000km tukar minyak hitam dan oil filter. sebenarnya ikut manual tukar minyak hitam kelikatan 20w-40/50 6000km n oil filter 12000 skali tukar. Kalau emel customer servis yamaha, dia akan bagi info dalam bentuk powerpoint, 6000km atau 6bulan, oil filter 12000km atau stahun. tapi ada gak oarang buat tukar minyak hitam bergantung kepada milleage perjalanan. sebagai contoh,no ganjil mcm 1000, 3000, 5000. pastu oil filter tukar setiap 2 kali tukar minyak hitam ( senang nak kira) terpulang pada korang lah yerr..Tetapi ada Segelintir pngguna yang terlalu sayangkan LC mereka selalunya akan kerap menukar minyak hitam mereka.Ada juga yang tukar setiap sebulan...
_______________________________
2)Minyak pelincir 4t
Jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu brdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang..

-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40..

contoh - 10w-50 w 
= wet @ winter.. 10
= kelikatan semasa sejuk 50
= kelikatan sewaktu panas.. semakin besar nombor tu semakin likat & tahan suhu minyak tu..
cuba bandingkan minyak 5w-40 dgn 15w-50 mana lebih likat ?? sudah tentu 15w-50..dan gred ni akan menjadi likat ssehingga tahap 50 apabila mencapai suhu panas..

3) Oil Filter
Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ...
_______________________________
4) Spark Plug
Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye..
_______________________________
5) Coolant..
Cara penjagaan 'coolant' motor aku syor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru .coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50.
_______________________________
6)kipas radiator..
Kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang dkt cover suit sblah kanan tu..
_______________________________
7) Lain-lain ..
-air bateri kena check selalu sebab cepat kering
-Periksa brek sama ada masih okey atau tidak
-lampu signal (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)
-Air filter Standard punya klu kotor ckit2 tembak dgn angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sgt beli je baru.. Kalau ada duit lebih sikit tukar air filter K&N sebab ada liquid cleaner nya & washable(boleh cuci/basuh) sebab tu mahal harga nya

-pastikan set sprocket dan rantai EX5 anda tidak haus. Jika ianya haus, adalah perlu anda menukar baru. Bagi menjamin mutu dan keselamatan ketika pemanduan.. Letakkan pelincir pada rantai kapcai anda. Pakai Standard je ( rantai jenis o-ring) Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.

Yang paling penting tukar sporket bila mata sporket dah tajam..Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan..
-Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, ReXToR & sebgainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
-Setting carburator ( petrol dan angin yg cantik ) dan TPS ( trottle positioning system ) memang ramai yang buat untuk dapatkan speed yang maksimum..
-tayar cukup angin atau tidak untuk mengelakkan ketidakseimbangan pada motorsikal kita.

motor rosak,,again!!!!
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Saturday 25 February 2012

Saga oh saga

Rezeki lagi kali ni..door trim saga fiore. ada suis power windows kat door trim ..rare ni..dashboard pun ada kat saga tu...ishh..ku ada duit mau aku balas jugak kat hafkat tu..tp apakan daya $$$ xmengizinkan..so door trim al aku sambar..hajat mulanyer cari kusyen jer..saksikan lah koleksi door trim saga bapaku..





Sunday 19 February 2012

demam duit dinar iraq pulak dah




Assalamualaikum w.b.t


nak terang pun payah tapi saya dah beli 1 dinar 25000 dengan harga RM100.

so nak tau detail click link bawah :

http://dinar2010.blogspot.com/2011/07/dinar-iraq-bila-mahu-apung-daaa.html

dinar iraq

Friday 17 February 2012

Aduhhh

Kenapa aduh.?

sekalinyer bisul la tumbuh kat pp aku..merana seminggu ni bisul membesar dan meletup pada hari ini 17/2/2012. sakit nyer mau tau arr..makan pun xboleh nak nganga luas2...suh isteri tersayang masak moi la kat aku...senang nak suap masuk mulut n xpayah nk kunyah2.
dari jumaat tadi masih berdaarah jer..jenuh nak lap.nak kluar terus sekali xmau lak bisul ni.
nak p belah kat hosp takutlak.

Lani rawat dengan tempek daun bunga rumput..dia akan isap nyut nyut pp ni..harap lepas ni xtimbuldah.

Saturday 11 February 2012

cara nak kilatkan rim kereta

http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/10/diy-polishing-chrome-sportrim.html

dari link atas

DIY Polishing Chrome Sportrim
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Selalunya ramai yang hantar kat kedai Tayar yang boleh buat Polish Chrome supaya nampak lebih original dan menarik... Atau diorang buat polish chrome ni pasal sportrim diorang dah calar dalam pada permukaan.. So jalan senang selain cat spray rim tu... boleh lah cuba polish balik jadi chrome.. Tapi tak semua jenis sportrim yang boleh dan sesuai nak jadikan chrome ni... tengok jenis besi rim korang lah..

Kalau korang nak buat sendiri Polishing Chrome Sportrim ni saya cuba terangkan sedikit secara ringkas ... Bolehlah korang try buat nya nanti..

Peralatan yang digunakan


Yang ni peralatan basic yang korang kena sediakan...
1) Mesin Drill tangan
2) Kertas pasir 600 dan 800
3) Grinder brushes
4) Sisal Polishing Mop
5) Stitched Sisal Polishing Mop
6) Blue Stitched Sisal Polishing Mop
7) Brown grit buffing compound ( kalau tak ada guna autosol / brasso)
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim Motorsikal Sendiri


1) Terlebih dulu Sportrim dicuci bersih terlebih dahulu.. selitkan kad di sekeliling tayar..
Tampal Masking tape disekeliling belah dalam tayar.. kalau boleh Pakai Glove tangan


2) Ambil Paint Remover dan sapu Remover di sekeliling tepi rim tersebut.. Ha sebab tu lah kenapakai Glove tangan.. sebab Paint Remover kalau kena kulit pedih-pedih woo..


3) Dapatkan grinder brushes.. cari grinder brushes macam kat gambar ni ( colour brushes dia gold kalau silvar punya kasar sangat).. pasang grinder brushes pada mesin drill tangan..Gunakan grinder brushes ni untuk buang remover dan cat pada sport rim..



4) Perlu diingatkan, Jangan grinder terlampau menekan, nanti tinggal kesan calar dalam plak..


5) Bagi menanggalkan cat yang masih tertinggal guna sand paper 600 dulu baru guna 800 punya plak.. Tapi basahkan sand paper dengan air .. Pastu gosok pada permukaan rim.. Sampai hilang kesan cat degil tu bersih..


6) Ambil mesin grinder drill tangan tu dan pasangkan dengan “ Sisal Polishing Mop”.. Korang boleh cari “ Sisal Polishing Mop” kat kedai hardware ada jual... ni digunakan untuk fist polish, kain dia agak kasar...


7) Dapatkan Brown Grit Buffing Compound ( seakan penggilap kasut kiwi) tapi kalau tak ada gunaautosol / brasso pon boleh... Lumurkan Brown Grit Buffing Compound dipermukaan Sisal Polishing Mop, kemudian boleh mulakan polish permukaan sisi tepi sportrim tersebut..



8) Lepas tu dapatkan pula Stitched Sisal Polishing Mop ( bentuk warna kuning punya plak)..
Pastu Stitched Sisal Polishing Mop dilumurkan Brown Grit Compound .. kemudian buat 2nd polish permukaan sisi tepi sportrim tersebut


9) Dapatkan pula Blue Stitched Sisal Polishing Mop ( bentuk warna biru )kain dia lebih halus sesuai untuk last finishing .. Pastu Blue Stitched Sisal Polishing Mop dilumurkan Brown Grit Compound .. kemudian buat polish terakhir permukaan sisi tepi sportrim tersebut


10) Dah siap di polish untuk perlindungan boleh sapu wax dipermukaan rim kalau tidak nanti rim cepat kotor melekat celah-celah ..
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim kereta Sendiri



Kalau pada sportrim kereta tu, rasanya saya tak payah cakap secara terperinci.. Seperti diatas cara tersebut boleh digunakan juga pada Sportrim kereta .. Polish permukaan Sportrim kereta dengan mesin drill/ grinder tangan…
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim kereta (kalau hantar kedai tayar buat )


Kalau kat kedai tayar … Tak payah bersusah payah buang tenaga nak DIY.. Just bayar ajerr ngan duit... Kalau nak Polishing Chrome Sportrim kereta paling murah rasanya RM 200 gak tapi tengok lah saiz rim.. Kadang tu mahal giler 17 " boleh jejak RM 650 gak lah upah dia.. tapi penggunaan mesin grinder kat kedai tayar lebih baik lagi


Yang pasti basic Sama ajer teknik polish yang digunakan hanya menggunakan sisal Polishing mop aje pada permukaan Sportrim kereta tersebut..



Kalau Chrome polish sportrim ni kena sapu wax selalu dipermukaan rim.. Kalau tidak warna tetap pudar dan kusam gak ... saya cadang kan guna wax chrome dari meguairs atau turtle…
_______________________________

lagi website

http://forums.evolutionm.net/evo-how-tos-installations/199388-how-polish-rims.html

Saturday 7 January 2012

Bermulanya tahun baru 2012

Alhamdulillah,

Lama sudah tidak buat karangan panjang-panjang tanpa ada 'short-text' macam telefon bimbit. Labuhnya tirai 2011 berakhirnya suka dan duka yang ditinggalkan dan bermulanya planning untuk kebahagian tahun baru 2012.

Antaranya cadangan yang akan aku lakukan demi kebahagian dunia dan akhirat adalah seperti berikut :
- menguatkan ibadat dan pegangan agama dan membimbing keluargaku kejalan yang benar
- mengekalkan tips hubungan suami isteri( buat keluargaku)
- memberi kasih sayang dan tunjuk ajar yang sempurna kepada putra aqil dan putri aqilah.
- menjadikan amalan membaca adalah teras utama dalam keluarga

sambung nti lak..bos lalu susah pulak.