ok perhatikan pada gmbr berpandukan anak panah.
hari pertama boh penuh pastu sampai la hari kedua...otw balik keje baru topup..
best gak .jimat jimattt..
Pertanyaan yang diajukan..
Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter, tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan pencuri.
Secara kasar, rupanya masih sama dengan LC sedia ada tapi jika dilihat dari dekat nyata sangat berbeza dan garang. Lampu depan diubah sedikit dan banyak lengkungan pada cover set depan untuk lebih aerodinamik. Lampu belakang pula diberi nafas baru.
_______________________________Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang
1st time servis minyak hitam... Kalo ikut buku manual memang patut tukar minyak ketika 500km.. Motor yang baru biasanye akan ada serpihan serbuk besi dalam enjin So kene tukar cepat sebelum benda-benda merosakkan permukaan dalaman enjin anda...disuggestkan guna mineral based 4t ajer dulu.. 1000km tukar minyak hitam dan oil filter. sebenarnya ikut manual tukar minyak hitam kelikatan 20w-40/50 6000km n oil filter 12000 skali tukar. Kalau emel customer servis yamaha, dia akan bagi info dalam bentuk powerpoint, 6000km atau 6bulan, oil filter 12000km atau stahun. tapi ada gak oarang buat tukar minyak hitam bergantung kepada milleage perjalanan. sebagai contoh,no ganjil mcm 1000, 3000, 5000. pastu oil filter tukar setiap 2 kali tukar minyak hitam ( senang nak kira) terpulang pada korang lah yerr..Tetapi ada Segelintir pngguna yang terlalu sayangkan LC mereka selalunya akan kerap menukar minyak hitam mereka.Ada juga yang tukar setiap sebulan...
Jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu brdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang..
Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ...
Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye..
Cara penjagaan 'coolant' motor aku syor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru .coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50.
-Air filter Standard punya klu kotor ckit2 tembak dgn angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sgt beli je baru.. Kalau ada duit lebih sikit tukar air filter K&N sebab ada liquid cleaner nya & washable(boleh cuci/basuh) sebab tu mahal harga nya
-Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, ReXToR & sebgainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
-Setting carburator ( petrol dan angin yg cantik ) dan TPS ( trottle positioning system ) memang ramai yang buat untuk dapatkan speed yang maksimum..